Anak gadis kehilangan ibu dibiarkan bapa mengikat tocang sendiri tanpa bantuan, sehingga satu hari dia bertanya kepada pemandu bas sekolah ini

Apabila seorang kanak-kanak berusia 11 tahun melihat satu perkara kecil menurut pandangan orang dewasa, ia sebenarnya satu perkara yang besar baginya, seperti mahukan rambut panjangnya nampak cantik dan anggun.

Dua tahun lalu, Isabella Pieri telah kehilangan ibu akibat satu penyakit ganjil yang jarang dihidapi. Selepas itu, anak gadis ini telah diajar oleh bapanya untuk hidup berdikari dalam pelbagai cara.

Bapa Isabella, Philip Pieri berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk memainkan peranan ibu bagi kedua-dua orang anaknya. Tetapi satu perkara yang tidak dapat dilakukannya dengan baik oleh Philip ialah mengikat tocang pada rambut Isabella.

Selepas kematian isteri, Philip telah memotong pendek rambut Isabella kerana tidak dapat menjaga rambut anak perempuannya ini dengan baik.

Kredit : Facebook

Philip berkata, “Pada mulanya saya telah memotong pendek rambutnya kerana saya tidak tahu cara mengikat dan membuat tocang rambut. Semuanya bergulung-gulung dan saya tidak dapat berbuat apa-apa.”