Elizad bengang dihina kurus macam papan…Mari kita tengok apa komen Elizad

PETALING JAYA: Pelakon Elizad Sharifuddin menegur tindakan biadap individu yang menghina bentuk tubuh badannya yang disamakan seperti papan.

Pemilik nama sebenar Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 34, berkata, penghinaan tersebut dianggap keterlaluan dan tidak boleh diterima.

“Nak hina benda lain saya OK lagi, cuma jangan sentuh bab family dan fizikal saya. Kurus macam papan pun kejadian, Allah yang bagi.

“Mulut makcik cantik sangat ke? OK bagi can nak famous kerana mulut awak yang menghina saya tu,” tulisnya di Twitter.