Datuk Seri Siti Nurhaliza, Neelofa, Fazura selebriti paling dikagumi di Malaysia

Tajuk video perkongsian kali ini ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Neelofa, Fazura selebriti paling dikagumi di Malaysia. Kami hanya sekadar kongsi video ini dari pelbagai sumber website. Sila scroll ke bawah untuk mengetahui info selanjutnya dan melihat video tersebut supaya anda mendapat informasi yang lengkap.
Sebuah firma di bahagian penyelidikan pasaran dan penganalisis data yang berpangkalan di Britain yang dikenali sebagai YouGov telah membuat kajian tentang senarai nama individu yang paling dikagumi di Malaysia. Antara senarai nama wanita yang paling dikagumi di Malaysia telah tertera sebagai nama penyanyi yang tersohor ataupun penyanyi nombor satu di negara Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan markah yang paling dikagumi sebanyak 14.1 peratus. Berita yang menggembirakan itu juga turut dikongsikan oleh Siti di laman Instagram miliknya. Sementara itu, isteri kepada Tun Mahathir iaitu Tun Dr Siti Hasmah Ali telah mendapat tempat yang kedua selepas Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan mendapat markah sebanyak 10.1 peratus. Selain daripada itu, selebriti yang lain yang telah menjadi pilihan rakyat di Malaysia untuk dijadikan sebagai wanita yang paling dikagumi iaitu Noor Neelofa Mohd Noor. Walaupun dirinya telah teruk dikecam oleh netizen akibat daripada kontroversi yang berlaku di kelab malam Zouk, namun begitu beliau telah berjaya mengumpul markah kekaguman sebanyak 14.1 peratus dengan sekaligus telah meletakkan dirinya di tempat kedudukan yang ketiga daripada senarai tersebut. Pujian tersebut juga haruslah diberikan kepada Fazura, Tan Sri Michelle Yeoh dan Vivy Yusoff kerana mereka turut tidak terkecuali di dalam senarai tersebut. Bagaimana pula dengan Fattah Amin ataupun Hans Isaac?

Sila tonton video: