Isu Billboard: ‘Saya Tidak Akan Berdiam Diri’ – Neelofa Bakal Kenakan Saman

Pelakon dan pengacara TV, Neelofa akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab kerana iklan ‘billboard’ yang terang-terangan memerli aktres tersebut.

“Dear Lofa, Sesungguhnya Zoo lagi mulia dari Zouk. Dakwah ikhlas dari Jenama sendiri .com,” tulis iklan ‘billboard tersebut.

 

Berkata kepada News Strait Times, Neelofa mengakui sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang tersebut.

“Saya tidak akan memberi mereka peluang dan tidak akan berdiam diri mengenai perkara tersebut,” katanya kepada NST.

Terdahulu, iklan billboard tersebut disedari oleh pengguna lebuh raya persekutuan apabila menggunakan nama ‘Lofa’ serta mengaitkannya dengan Zouk.

 

Orang ramai mula memperkatakan mengenai billboard yang dilihat sebagai ‘biadap’ itu pada Jumaat minggu lalu.

Pada MH, kalau pun ingin melarikan perniagaan bukan begitu dengan memerli atau menghina orang. Agak keterlaluan juga iklan tersebut.

Lagipun isu tersebut sudah pun reda, tidak perlu dibangkitkan kembali kot. Apa-apapun MH harap bahawa pihak bertanggungjawab itu segera berbuat sesuatu mengenai perkara tersebut.

 

sumber: mediahiburan

 

Artikel sebelum ini:

 

Isu Zouk Lagi, Neelofa Diperli Di Papan Billboard

Sudah hampir sebulan isu Zouk berlalu, namun sehingga kini masih menjadi bualan ramai netizen yang tidak berhenti mencari salah silap pelakon dan pengacara Neelofa.

Terbaru, nama Neelofa hangat diperkatakan kembali selepas isu Zouk tersebut muncul di papan iklan billboard.

 

Iklan billboard itu yang dimiliki oleh sebuah syarikat tempatan iaitu JenamaSendiri.com dilihat mengambil kesempatan dari isu kontroversi Neelofa untuk mempromosikan jenamanya.

“Dear Lofa. Sesungguhnya zoo lebih mulia daripada Zouk. Ikhlas dari Jenamasendiri.com.”

Papan iklan tersebut di pasang di tepi Lebuhraya Persekutuan KL-Selangor dan dengan jelas menggunakan nama Lofa iaitu nama panggilan Neelofa.

Seorang netizen kongsikan foto papan tanda itu beserta persoalan sama ada syarikat tersebut ada melakukan kerjasama bersama Neelofa sehingga sanggup menggunakan nama usahawan tersebut.

Sehingga kini masih tiada penjelasan dari pihak Neelofa dan syarikat tersebut.

Sumber : rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*