Bukan saya yang sebarkan status dia: Pengurus Che Ta

EKORAN daripada dakwaan yang mengatakan pengurus Che Ta, Afiq Wahab sebagai pencetus isu viral 60kg ke atas tidak perlu berada di majlis pertunjukkan fesyen, kepada Sinar Harian Afiq mengulas perkara tersebut.

Katanya, dia tidak kisah dikatakan pencetus isu viral ini sebab dia hanya  suarakan apa yang dia rasa sama seperti mana yang dia (Kak Zai) rasa.

“Kenapa bila saya naikkan status tersebut di Instagram (personal), dia nak larang, sedangkan dia naikkan kata-kata tersebut kat FB (personal), saya tak larang pun.

“Pandai bersuara pandai terima la.  kalau rasa apa yang saya buat ni jahat fikirkan dulu sebelum keluarkan apa apa kenyataan di media sosial.

Dan bukan saya yang sebarkan status dia.  Saya hanya react status dia sahaja.  Too bad la benda tu jadi viral,” jelasnya.

Afiq juga mengingkatkan supaya beringat dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata.

“Yang saya nak persoalkan sekarang mana keiklasan sepuluh jari yang dia susun tu? Dengan menghasut orang untuk ban saya? Minta maaf kemudian menghasut.

“Saya hanya nak minta jika buat sesuatu biar ikhlas jangan berdasarkan apa yang disuruh oleh orang sekeliling,” tegas Afiq.

Berkenaan dengan pernyataan yang berbaur hasutan itu, Afiq cukup positif.

“Sebenarnya saya yakin yang ramai designer kat tanah air ni tak akan turut serta ban saya sebab mereka juga perlukan artis saya untuk pakai baju mereka.  Takkan nak suruh dia pakai untuk promote kan?

“Antara saya dengan designer kami bantu membantu sebagai satu team.  Tapi kalau ada yang nak ban terpulanglah.  Saya tak rasa mereka bodoh kut sebab saya tak ada masalah dengan mereka.

“Tak apa la rezeki tuhan yang tentukan.  Kalau ada rezeki saya bekerjasama dengan pereka fesyen ada lah. Kalau tak ada saya jahit baju sendiri ja la,” ujarnya lagi.

Sabtu lalu, kenyataan Zaihani mengkritik individu berbadan besar.

“Kalau berat badan melebihi 60 kilogram, tak payahlah datang sebabnya paha awak tu melimpah kat kerusi sebelah kiri dan kanan awak,” tulisnya di Instagram peribadinya.

 

Sumber:  Sinar

 

Artikel Berkaitan:

‘Luaq Dalam Sama Buruk, Kedut..’ – Pengurus Dituduh Sebar Status, Ini Respon Che Ta

 

Nampaknya minggu ini panas dengan status seorang pereka fesyen Zaihani Zaim yang dianggap menghina orang gemuk. Ramai tidak senang dengan statusnya termasuk beberapa orang artis. Namun, hari ini Rizalman mempertahankan wanita itu dari terus menjadi mangsa kecaman.

 

Terbaru, Rozita Che Wan berkongsi komen pereka fesyen itu yang mendakwa pengurusnya punca semua ini berlaku. Ini respon pedas Che Ta.

Komen Zaihani

Yang mulakan tu adalah manager artis. To be precise, manager che ta. Please ban him if he ever comes to you or any stylists nak pinjam baju untuk artis. LOL

Komen ini telah mengundang amarah Che Ta sendiri kerana mendakwa pihak pengurusnya yang menyebarkan status dirinya. Walau bagaimanpun, Che Ta terus memuat naik gambar berserta kapsyen sinis buat pereka fesyen itu.

Semua kedut

Kata dah mohon maaf , ka mohon propa … ishhhhhh ingat mulut ja jahat , qupanya hati pequt pun busuk … luaq dalam sama buquk , qedot … mcm lace beropol
@zaihanimzain … .
#bukanberatbadan60taklehpfashionshowtapiumuq60keatasjanganpfashionshowkenapmasjid

Ramai setuju

Kredit:OhBulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*