[VIDEO] Celup tangan anak tiri dalam air panas, bekas peserta AF9 dipenjara, denda

SUASANA di galeri awam bertukar menjadi pilu dengan tangisan keluarga tertuduh yang memeluk erat sebelum dibawa oleh pihak polis.-UTUSAN ONLINE

PETALING JAYA 20 April – Seorang bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-9, Azri dihukum penjara 14 hari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan mendera anak perempuan tirinya dengan mencelup tangan kanak-kanak itu di dalam air panas, dua tahun lalu.

Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Azri AF9 atau nama sebenarnya Mohammad Azri Abdullah, 32, selepas menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan.

Suami kepada bekas juara program Mentor musim kelima, Salma Andi-Asis itu didakwa mendera mangsa yang berusia 10 tahun dengan mencelup kedua-dua belah tangan mangsa ke dalam air panas di sebuah pangsapuri, Jalan Putra Indah, 9/1C, Seksyen 9, Subang Jaya dekat sini, kira-kira pukul 8 pagi, 5 Mei tahun lalu.

 

 

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula hari ini dan dipenjara enam bulan lagi sekiranya gagal membayar denda.

Sementara itu, suasana di galeri awam bertukar menjadi pilu dengan tangisan keluarga tertuduh yang memeluk erat sebelum dibawa oleh pihak polis.

Pendakwaan dikendalikan oleh V.V. Suloshani sementara tertuduh diwakili peguam Fahmi Abd. Moin. – UTUSAN ONLINE

Sumber: Utusan

 

Artikel berkaitan:

Didakwa dera anak, Salma masih sayangkan Azri

 

Salma dan suaminya, Azri AF9 yang kini didakwa di mahkamah kerana mendera anak tiri dengan mencelup tangan ke dalam air panas. ― Foto ihsan Instagram/salma_3juaraKUALA LUMPUR, 20 April ― Penyanyi Salma Mentor mengakui masih sayangkan suaminya walaupun lelaki itu didakwa mahkamah kerana mendera anaknya dengan mencelup tangan ke dalam air panas.

Namun Salma, 27, berkata dirinya tidak akan berdiam diri jika Mohammad Azri Abdullah, 30, bekas peserta program realiti Akademi Fantasia (AF9) benar-benar menganiaya anak perempuannya berusia 10 tahun hasil perkahwinan pertama.
Salma dan suaminya, Azri AF9 yang kini didakwa di mahkamah kerana mendera anak tiri dengan mencelup tangan ke dalam air panas. ― Foto ihsan Instagram/salma_3juara

“Terus terang, saya dan suami tidak mempunyai sebarang masalah, begitu juga hubungan Azri dengan Putri Nurul Huda sejak kami mendirikan rumah tangga pada 31 Januari 2015.

“Tambahan pula, hubungan anak-anak termasuk anak kedua, Andi Raisya sebenarnya lebih akrab dengan Azri berbanding saya,” katanya seperti dilapor Kosmo!.

Enggan mengulas lanjut kerana bimbang menjejaskan prosiding mahkamah, pemilik nama sebenar Salma A. Asis berkata Putri berkata dirinya tindakan warga media sosial yang memberikan komen negatif tanpa mengetahui cerita sebenar menyebabkan dirinya berasa marah.

“Allah ada. Dia tahu segalanya. Manusia tahu jaja cerita tanpa usul periksa sebab itulah perangai manusia zaman sekarang, tidak takut merangkak di akhirat nanti mencari untuk meminta maaf…kita senyum saja,”  katanya dalam catatan di Instagram baru-baru ini.

Salma juga memuat naik gambar terbaru bersama Azri dan dua anaknya bergembira makan di restoran.

Azri pada 14 April lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya terhadap pertuduhan mendera anak tirinya di sebuah pangsapuri di Seksyen 9, Subang Jaya, di sini, pada 8 pagi, 5 Mei 2016.

Juara program Mentor musim kelima itu pertama kali berkahwin pada usia 17 tahun namun bercerai setahun kemudian.

 

Sumber: themalaymailonline.com.my

 

Artikel berkaitan:

Celup Tangan Anak Tiri Dalam Air Panas, Azri AF Mengaku Tidak Bersalah

 

Celup Tangan Anak Tiri Dalam Air Panas, Azri AF Mengaku Tidak Bersalah

 

Bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-9, Mohammad Azri Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan mendera anak perempuan tirinya dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas, tahun lalu.

Mohammad Azri, 30, yang juga suami kepada bekas juara program Mentor musim kelima, Salma Andi-Asis, membuat pengakuan itu dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohamed Mokhzani Mokhtar.

Tertuduh yang memakai baju berwarna biru itu dilihat tenang di dalam kandang tertuduh sepanjang prosiding.

Mengikut pertuduhan, Mohammad Azri didakwa melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak yang kini berumur 10 tahun dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas di sebuah pangsapuri di Seksyen 9, Subang Jaya, di sini, jam 8 pagi, pada 5 Mei 2016.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan menetapkan 15 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Sumber: gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*