LELAKI INI TANYA DARI MANA PERDANA MENTERI ‘PETIK’ ANGKA 1 TRILLION? INI SEBABNYA KENAPA DIA TANYA

HUTANG semasa negara berkadar RM1 trilion seakan bercanggah dengan laporan ekonomi domestik yang dikemukakan Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum ini.

Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun berkata, mengikut rekod, hutang negara yang diumumkan menerusi laporan BNM setakat Disember 2017 adalah RM686.8 bilion.

Katanya, angka itu selaras standard dunia yang digunakan untuk mengukur kadar hutang negara, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai kesahihan pengumuman terbaharu oleh kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

“Perdana Menteri mengumumkan hutang Malaysia ketika ini berada pada paras membimbangkan, iaitu RM1 trilion. Justeru tidak mustahil ada yang mempersoalkan kesahihannya kerana ia satu kadar yang terlalu besar.
“Jika disemak kembali, laporan BNM terbitan Mac 2018 menunjukkan ekonomi domestik Malaysia berada dalam keadaan baik. Ekonomi negara diunjurkan berkembang pada kadar utuh iaitu antara 5.5 peratus dan enam peratus untuk 2018.

PETIK DARI MANA?

“Oleh itu, persoalannya, dari mana Perdana Menteri tiba-tiba ‘petik’ angka hutang negara kini RM1 trilion?” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Dr Mahathir bahawa hutang negara kini mencecah RM1 trilion dan ia memerlukan pelbagai langkah pemulihan dan penyelesaian menyeluruh.

Beliau dilaporkan berkata, kewangan negara dicabul dengan begitu besar sehingga kerajaan menghadapi masalah penyelesaian hutang yang meningkat kepada RM1 trilion, malah ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Membidas perkara berkenaan, Khairul berkata, pengumuman mengenai kadar semasa hutang negara itu seolah-olah mempunyai agenda tersirat.

“Adakah penasihat beliau (Dr Mahathir) gagal memberikan maklumat tepat atau ini sekadar helah politik supaya rakyat fikir kononnya kadar hutang negara meruncing kerana kepincangan tampuk pemerintahan kerajaan terdahulu?” katanya.

Jumlah hutang negara cecah paras RM1 trilion – PM

Sumber: ohgebang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*